Jan 14, 2010

Hasil tgn

Salam
sajala aku nak buh sajak aku yg pertama kali dan terakhir tersiar di paper Berita Minggu tarikh tak ingat tp dah lama la mayb 7 @ 8 tahun yg lalu.
Saja nak buh kat sini bukan apa takut ianya hilang, seblum ni purse jatuh duit semua ilang tp brg lain tak Alhamdulillah

Kopi, pahit dan manis

Setiap hari
secangkir kopi itu kau hidangkan
buat seorang suami
kerana kau memang tahu
kopi itula kegemarannya

Secangkir kopi itu
hari ini kau hidangkan buatnya
diminum sedikit lalu dikatanya pahit
"aku tak ingin kopi yang pahit
akan kuminum diluar sana."
keluar dia tanpa secubit senyuman
sedangkan kau tahu kopi itu
tidak sedikitpun berubah

Kini hari-hari berlalu
secangkir kopi kau hidangkan
tidak lagi kegemarannya
terfikir olehmu
kopi siapa di luar
yang lebih manis?

No comments:

Post a Comment

Tintaku..