Dec 29, 2009

Hati....perasaan

Malam ni kebetulan menonton tv prima Bahang Ravina kut tajuknya. Bukan nak cite pasal Ravina tu tapi nak cite pasal mak dia. Sebenarnya cite ni dah lama biasala Astro...asyik ulang-ulang Sebelum ni tak tgk pun cite sedih malas nak tengok. Tapi ntah malam ni tertengok plak. Ok balik plak ke kisah maknya. Dari citelah maknya sedih dengan perangai anaknya melawan cakap, tak dengar kata, maki maknya dan macam-macam lagi. Tiba-tiba dapat tahu plak suaminya adalah laki simpanan...Walaupun suaminya dah minta maaf sampai menangis-nangis. Pastu anaknya plak kena penyakit apa ntah,pun minta maaf meraung-raung tapi manya cuma mengalir air mata je. bila maknya turun dari rumah sambil lagu dinyanyikan air mata aku plak meramu-ramu




Sebenarnya bukan nak cite pasal aku tapi hati dan perasaan maknya, dah jadi kering pada suami dan anaknya. dah tak kisah apa nak jadi. itulah orang kata kalau dah lama asyik pendam perasaan bila dah meletup, dah jadi tak de perasaan dah tak rasa apapun. apa nak jadi jadi la apa nak rasa rasa laa...
Orang perempuan ni biasanya suka memendam, sukar nak diluahkan, sukar nak bawa berbincang, simpan aje dalam hati orang sengih dia senyum orang gelak dia sengih orang senyum dia buat tak tahu aja. Nak buat macammana dalam hati, dalam kepala dok bermain je berpusing tak boleh nak diluahkan bila dah penuh bila dah tak tertahan terus diluahkan akhirnya.....

jangan biarkan ianya meletup

Dec 26, 2009

Lagi satu..

Salam

Sebelum ni aku dah ada blog tapi ni aku buat satu lagi..bukan apa blog yang lagi satu lebih keibuan dan blog untuk kelas aku. Blog ni pulak aku buat untuk kucurahkan, kulampirkan, kusumbatkan segala kegembiraan, ketenangan , kejiwaan, kekacauan kemerapuan dalam diri aku ni.Tak elokla kan nak letak kat sana. Bukan aku berpura-pura, hipokrit tapi sekadar menjaga hati, tidak mahu mengeruhkan keadaan, tidak mahu merumitkan suasana.
mesti hairan aku nak berblog untuk merungkaikan kekacauan jiwa ka, kerumitan hidup ka, permasalahan diri ka? Tak semua...bukankah telah dinyatakan tadi yang gembira yang tenang yang bahagia turut dimuatkan. Cuma tak mahu terlalu 'bersopan'. Kadang-kadang kita perlukan kebebasan untuk berkarya...chewah-karya. Anggap jela karya .