Dec 26, 2009

Lagi satu..

Salam

Sebelum ni aku dah ada blog tapi ni aku buat satu lagi..bukan apa blog yang lagi satu lebih keibuan dan blog untuk kelas aku. Blog ni pulak aku buat untuk kucurahkan, kulampirkan, kusumbatkan segala kegembiraan, ketenangan , kejiwaan, kekacauan kemerapuan dalam diri aku ni.Tak elokla kan nak letak kat sana. Bukan aku berpura-pura, hipokrit tapi sekadar menjaga hati, tidak mahu mengeruhkan keadaan, tidak mahu merumitkan suasana.
mesti hairan aku nak berblog untuk merungkaikan kekacauan jiwa ka, kerumitan hidup ka, permasalahan diri ka? Tak semua...bukankah telah dinyatakan tadi yang gembira yang tenang yang bahagia turut dimuatkan. Cuma tak mahu terlalu 'bersopan'. Kadang-kadang kita perlukan kebebasan untuk berkarya...chewah-karya. Anggap jela karya .

No comments:

Post a Comment

Tintaku..