Apr 23, 2011

Buku...Pesta buku

Salam

Bukan apa sekarang kan Pesta buku sedang berlangsung... Rasa macam nak g ja, apatah lagi anak daraku dok ajak jomla...jomla. Tapikan jauh nun aku ni di sini udahla Sabtu bersekolah..Kalaulah aku boleh p... entah berapa banyak buku aku nak beli... Sebenarnya ada pernacangan tapi terbantut bila ada sekolah ganti, malasla nak amik cuti ni..



Antara buku yang aku nak beli karya Faisal Tehrani(FT)..bukan apa cadang nak tambah koleksi hati dah dekat dengan hasil tangan FT ni. Mungkin aku akan beli online jela..kalu pi kedai buku pun aku akan amik masa lama. Nak cari nak belek...Cadang-cadang nak beli buku ni


Novel 1515 tu dah pernah baca sikit waktu kat library IPPPP, tapi tak habis sebab waktu tu nak periksa...takkan nak baca novel plak.
InsyaAllah kalu ada rezeki aku akan beli....

Apr 1, 2011

Berblog

Salam

Sukarnya nak masuk blog. Kalu waktu siang mesti sikecik tu nak join sekali tapi bila malam nak kena tunggu dia tidur dulu dah confirm2 aku pun nak tidur gak...akhirnya blog dah naik sawang, berhabuk, teruklah nak kena mop, vaakum bagai.hehe

Baru tadi anak daraku nak berblog gak, apatah lagi kawan baiknya dah ada blog, malah kakak kawan baiknya dah lama berblog bahkan cantik dan bergaya blognya (btoi ka). aku un tak pasti samada aku nak bagi atu pun tidak. Pertama dia mesti akan mencari aku jugak utk me'makeup'kan blognya. kedua aku takut blognya juga mcm blog2 yang aku ada bersawang dan berhabuk...tapi apapun aku rasa tunggula lepas ujian nanti...



Bila tgk keupayaan anak-anak kecik ni aku teringat aku dulu takut nak pegang komputer ni. yela aku mula pegang bila aku keje sementara di JPN Perlis, lepas tu masuk maktab.tp bila posting guru besar aku bg warning jgn memandai main komputer kalu rosak cikgu tanggung sendiri. Nasib baik aku ada kawan pandai dialah tunjuk ajar aku sikit. Bila aku pindah ke SKPK aku lebih cekap dan dah pandai berinternet. Tapi setakat tu jela...

Sekarang ni aku agak berminat dengan iPad aduh....tapi aku takdak kepentingan untuk membelinya...lagipun kewangan tidak mengizinkan...berangan je lebih...InsyaAllah mana tahu aku ada badget ada kepentingan aku akan sambar juga...yeessss....