Jan 26, 2010

Pagi yang dingin..

Salam

Pagi ni hujan, tak lebat tapi cukup mendinginkan. Seperti biasa jalan agak sesak semua orang naik kereta. Walaupun keluar awal tapi jalan agak jem. Bosan gak tapi disebabkan dingin ia mendinginkan hatiku.
Sebenarnya kedinginan itu membuatkan hatiku beku apatah lagi macam-macam yang bermain dikepala. Kejadian-kejadian lepas, semalam dan apakah kejadian pulak pada hari ini. Kadang tu terfikir kenapa aku yang sering 'terkena'. Nanti aku sambung lain.....

Jan 17, 2010

Facebook

Salam

Facebook lagi. Bukan apa nak cite kawan-kawan aku yang begitu berminat dengan facebook menghabiskan masa dpn komputer dgn facebook. Kadang tu sampai lewat mlm. Facebook jugala menemukan mereka dengan rakan-rakan lama mereka. Aku aja yang belum berjumpa dengan kawan-kawan aku, samada dari sekolah atau dari maktab.. p mana la depa ni. Depa tak dak facebook kut atau depa tak 'main' la facebook ni.
Apa yang aku dapat facebook juga menemukan rakan-rakan malah bekas-bekas kekasih. Ni yang merbahaya bila dok buka cite lama dok kenang cite lama.MAcam-macam.Kalu setakat nak bersembang takdak masalah tapi bila dok ungkit takut cerita lama berulang membentuk cerita baru. Kenangan lama bermain diminda kenangan baru terukir. Sapa yang naya, anak-anak gak.
Apa yang pasti bila nak berfacebook, ingat muka-muka keluarga.
Aku tak pa sbb aku tak suka sgt berfacebook.

Jan 14, 2010

Hasil tgn

Salam
sajala aku nak buh sajak aku yg pertama kali dan terakhir tersiar di paper Berita Minggu tarikh tak ingat tp dah lama la mayb 7 @ 8 tahun yg lalu.
Saja nak buh kat sini bukan apa takut ianya hilang, seblum ni purse jatuh duit semua ilang tp brg lain tak Alhamdulillah

Kopi, pahit dan manis

Setiap hari
secangkir kopi itu kau hidangkan
buat seorang suami
kerana kau memang tahu
kopi itula kegemarannya

Secangkir kopi itu
hari ini kau hidangkan buatnya
diminum sedikit lalu dikatanya pahit
"aku tak ingin kopi yang pahit
akan kuminum diluar sana."
keluar dia tanpa secubit senyuman
sedangkan kau tahu kopi itu
tidak sedikitpun berubah

Kini hari-hari berlalu
secangkir kopi kau hidangkan
tidak lagi kegemarannya
terfikir olehmu
kopi siapa di luar
yang lebih manis?

Jan 10, 2010

mataku

Salam

hari ni aku dan anak-anak balik dari kampung singgah di pasaraya Giant (sbb diaper ada sale)walaupun rasa tak larat gagahkan jua. pastu singgah mkn kat atas dkt food court giant tu. sedang aku makan sambil suap kat anak kecilku aku terpandang sepasang suami isteri dan anak kecil yang sedang tidur dalam kereta sorongnya. Anaka keciknya masih kecilla mayb dalam 4 atau 5 bulan. Maknya pun kecik molek orangnya dan berbadan langsing manakala ayahnya pula besar tinggi dan ragam orangnya. Apa yang nak diceritakan adalah si ibu tu. Biasalah bila badan cantik pakaian agak ikut badan la (kalu tidak mana aku tahu badannnya cantik)namun agak tidak menyenangkan mataku. Bukan apa seluar yang dipakainya adalah jenis kain meri paras lutut tapi bajunya agak singkat. Apa yang tak bestnya bila nampak lingkungan 'segitiga emasnya' maafla. Kalu aku perasaan tak mustahil orang lain tak perasaan terutama lelaki sebab badannya memang cantik mesti menarik perhatian. Aku pun naik jeles, maklumlah aku ni besar tinggi dan takda cutting langsung. Aku leh terima tu tapi bila nampak benda tu aku tak puas hati, suaminya tak kisah ka. Takkan suaminya tak persaan langsung. Tak rasa jeles ke nanti orang lain dok tgk. Ish ish ish..

atau aku yang lebih-lebih

Jan 6, 2010

facebook

Salam

facebook(fb)...aku baru je join sebelum ni dgr org ckp bestla itu la inilah..pastu bc citer kes di Indonesia..pastukisah artis yg banyak buka fb alasan senang nak berinteraksi dengan peminat.pastu adik plak dok tanya." kak takde facebook ka?" then aku pun join.. tapi aku buh nama lain bkn nama sebenar.. so kawan tak leh nak cam la sapa cuma bila dah 'rakan' dengan kawan tu akhirnya aku mempunyai beberapa rakan..Tapi bg aku tak bestla.Agaknya aku dah tak berminat nak tot tet tot tet kut..Tambahan pula macam-macam ayat yang kuar rasa nya lepas ni join tak lama kut. kalu masuk jz bc jee..Tak pee dea boleh hidup gak

Jan 1, 2010

2010

Hari ini bermula tahun 2010. Bermula cerita baru, berakhir cerita lama atau cerita lama yang akan disambung lagi hingga menjadi cerita baru atau kekal hingga masih menjadi cerita lama. Apa la tu sekadar berbasa basi..
Alahai 2010 perlu ke azam baru? Azam lama macammana? Rasanya tak kut. Aku mahu menjadi seorang yang sentiasa ada azam sentiasa ada angan-angan. Kalu boleh ku buat untuk hari mendatang aku ialah

1. Lebih rajin dalam membuat assigment dan baca buku

2. Lebih tersusun, inovatif dan kreatif dalam kerjaya aku dengan menimba dan menambah ilmu
3. Jangan peduli orang sangat buat kerja aku
4. Dapat menyimpan lebih banyak
5. Boleh melancong setiap tahun
6. Aku nak beli kamera kalu boleh nak mahal punya

Ada lagi nanti nak update lain