Nov 7, 2010

Membaca semula

Salam

Dua tiga hari lepas saya membeli novel. Sebenarnya cadangan tu untuk anak daraku sahaja tetapi terjumpa buku Nyanyi Sunyi oleh Maskiah Masrom. Lalu saya beli gak. Sebenarnya berbelah bagi gak sebab assignment tak siap lagi dan saya kalu membaca novel mesti nak habiskan jugak. Lalu tanam tekad takpe habis assignment aku baca.


Inilah kedua novel yang saya beli tu Otai untuk anak saya dan saya Nyanyi Sunyi
Inilah novel saya, Penulis ni bukanlah yang saya minati dan saya tak tau samada beliau ada menulis lain-lain karya( tak bc pun biodatanya). Saya mula baca dalam Metro.Walaupun bukan di setiap minggu sebab bukan tiap-tiap minggu beli paper. Bila dah habis tulisan di Metro saya tekad saya perlu beli. Cerita ni saya suka sebab banyak memetik puisi-puisi dari penulis, penyajak terkenal. Dan cerita ni gak seperti yang saya angankan waktu zaman sekolah dulu. Pernah berangan nak belajar dalam bidang ini, teringin ke Indonesia untuk melanjutkan pelajaran dan teringin sangat nak bersajak, bermadah, berpuisi dan berkisah dengan yang lain.
hehe tapi gagal. tak dapat masuk u sebab tak pandai, lagi la tak boleh belajar di Indonesia. Nak bersajak dan segala ber.. pun tak boleh sebab rasa tak berbakat hehehe...angan jela. Tapi cite ni memang berkesan dan saya terpaksa amik masa lama untuk menghabiskannya sebab kena buat assignment, memasak, dan menjaga anakanda berdua tu...
Ni plak novel utk anak daraku. Sebenarnya aku dah berjanji selepas periksa akan belikan novel untuknya. Tapi keputusan tak berapa baik. tak ada yang dapat markah 100. dan Bahasa melayu plak B. tapi dah sebabkan dah berjanji, kutunaikan juga. Untuk pengetahuan Ilya Alias ni adalah guru praktikum di sekolahku dan mengajar anak daraku gak. Dan aku kagum sebab beliau berjaya menghasilkan novel (salah satu impianku). Bliau juga merupakan peserta Minggu penulis Remaja.

Aku rasa selepas ni aku akan mula membeli novel.