Nov 7, 2010

Membaca semula

Salam

Dua tiga hari lepas saya membeli novel. Sebenarnya cadangan tu untuk anak daraku sahaja tetapi terjumpa buku Nyanyi Sunyi oleh Maskiah Masrom. Lalu saya beli gak. Sebenarnya berbelah bagi gak sebab assignment tak siap lagi dan saya kalu membaca novel mesti nak habiskan jugak. Lalu tanam tekad takpe habis assignment aku baca.


Inilah kedua novel yang saya beli tu Otai untuk anak saya dan saya Nyanyi Sunyi
Inilah novel saya, Penulis ni bukanlah yang saya minati dan saya tak tau samada beliau ada menulis lain-lain karya( tak bc pun biodatanya). Saya mula baca dalam Metro.Walaupun bukan di setiap minggu sebab bukan tiap-tiap minggu beli paper. Bila dah habis tulisan di Metro saya tekad saya perlu beli. Cerita ni saya suka sebab banyak memetik puisi-puisi dari penulis, penyajak terkenal. Dan cerita ni gak seperti yang saya angankan waktu zaman sekolah dulu. Pernah berangan nak belajar dalam bidang ini, teringin ke Indonesia untuk melanjutkan pelajaran dan teringin sangat nak bersajak, bermadah, berpuisi dan berkisah dengan yang lain.
hehe tapi gagal. tak dapat masuk u sebab tak pandai, lagi la tak boleh belajar di Indonesia. Nak bersajak dan segala ber.. pun tak boleh sebab rasa tak berbakat hehehe...angan jela. Tapi cite ni memang berkesan dan saya terpaksa amik masa lama untuk menghabiskannya sebab kena buat assignment, memasak, dan menjaga anakanda berdua tu...
Ni plak novel utk anak daraku. Sebenarnya aku dah berjanji selepas periksa akan belikan novel untuknya. Tapi keputusan tak berapa baik. tak ada yang dapat markah 100. dan Bahasa melayu plak B. tapi dah sebabkan dah berjanji, kutunaikan juga. Untuk pengetahuan Ilya Alias ni adalah guru praktikum di sekolahku dan mengajar anak daraku gak. Dan aku kagum sebab beliau berjaya menghasilkan novel (salah satu impianku). Bliau juga merupakan peserta Minggu penulis Remaja.

Aku rasa selepas ni aku akan mula membeli novel.

Oct 16, 2010

cuba...

Salam

Apa ada pada tajuk tu? Sebenarnya aku nak cuba ..nak rajin. Rajin menulis blog, rajin cari bahan, rajin update blog. Sebenarnya blog aku ada 4. Ish-ish banyaknya bukan apa, blog ni yg ke tiga. blog pertama dan kedua aku buat waktu betul-betul teringin nak berblog. Tapi sekerat jalan. Blog lagi satu aku langsung takdak hati nak menulis. Lansung aku tak kisah malah aku tak bukak langsung. Hati akudah tawar. hati aku dah remuk. Tapi ada depa kesah? Bencinya aku,
Blog ni untuk luahan hati aku dan blog lagi satu sebenarnya tempat aku nak meniaga tapi aku tak buat-buat gak. Malas betul.

Tapi aku pun takdak bahan untuk aku tulis kat sini takkan luahan hati aku jee. Kalu boleh aku nak yang berilmu dan bermanafaat.

InsyaAllah....

Sep 29, 2010

aku pada ari ini lagi......

Salam

tak tau nak kata apa, tapi dah bersawang, dah berhabuk. Jenuh la aku nak vakum, nak mop..lama betul aku tinggal blog ni. Aku sentiasa online tapi tak pernah nak masuk blog. Malas dan rasa tak ada mood. hehe...
Apa yang berlaku pada aku hari ni tetap takdak perubahan cuma berat aku ada turun sikit. tupun sabit aku demam-2 minggu aku demam, cek denggi cek segala...alhamdulillah takdak apa cuma temperature aku yang naik berlebihan. Tak lalu makan nasi, tapi teringin sangat. Segalanya teringin, bila dah ada depan mata, tak boleh nak masuk. Pertama kali dalam hidup aku demam macam tu. Dosa banyak agaknya. Mmmmm

Jun 10, 2010

Lagi-lagi

Salam

Awal-awal aku nak bgtau aku tak bli lagi kasut sukan.Uwaaaa. takdan laa.Alasan.Aku dahdua ari tak makan nasi btul-betul cuma dlm dua mulut je. nak rasa. Makan apa? Ntah aku ratah lauk n sayur tp bkn nak kata la aku tak lalu. Bila ntah nak bli kasut sukan aku pun tak tau. Ada bc dalam MIDI kut berjalan tp Power Walk dan ada kaedah berjalan bukan tau jalan je. Rasa bukan apa takut nanti sakit sana-sini. Tapi kasut tak beli lagi ni. Sok aku nak bli.Esok ada kuliah aku nak g beli gak...InsyaAllah....

Hari ni bawa anak-anak p PISA pi berenang. Cadang si kakak ja rupanya adik nak jugak. Dan yang bestnya aku pun 'berenang' gak jatuh dalam kolam. kwakwa....

Jun 7, 2010

Aku pada hari ini...

Salam

Baru ari Isnin, ari pertama cuti sekolah,aku dah mula teringat kelas, bkn nak mengajar...cuma dok ingat apa yang depa buat kat kelas aku tu. cadang nak pi tengok ari ni tapi tak jadi, satu malas dua pun malas jadi tak payah pi la..

Aku bukan apa, sebenarnya dok cdg lama dah nak diet. Hahaha tiap ari diet, tapi tak pernah betul dan ikut diet tu. Kalu nak ikut tu berat aku dah teruk dah ni. Baru ni BAKAT buat Hari Kesihatan BAKAT. Aku pun cek gak la, cuma gula dan tekanan darah. Sebelum tu kena timbang memang sah aku nak ke obesiti. Teruk dah la kan. P tempat check yg kedua misi tu kata umur mcm ni kena bersedia la, kena jaga badan, kena jaga makan. Umur macam ni la yg nak kena kencing manis tambah bila gemuk uwaaaaa...
Aku la tu. Nasib baik kencing manis tak dak.

Aku simpan azam kali ni nak p cari kasut sukan n nak bw depa jogging.Jogging? betul ke? Atau aku yang tak betul? Ishish ish nak buat macama mana la...
Jadi aku dok target aku akan tulis timbangan aku dan perjalanan aku nak kurus... Takut tak jadi...Jgn la ada kengkawan yg bc maluuuu...

Untuk Timbangan ari Sabtu aritu

Tinggi - 164 cm
Berat - 82 kg
Bmi - 30
RBS - 5.0- kadar gula
Tekanan Darah - 120/70mHg



Aku lupa aku pernah terbaca atau tertengok. Bentu badan macam aku ni risiko nak dapat serangan jantung

come on wake uppp

Tapi

1. Kasut tak beli lagi
2. Makan tak leh control lagi ni

Jun 1, 2010

Meniti hari

Salam

Sebenarnya dah masukkan entry semalam tapi tak tau ke mana.hilang terus. tak ikhlas kut..tak ikhlas ke. tapi nak cite semalam tak aci dah la dah basi....Untuk cite ari ni aku memang kelabu asap...kelabu otak, kelabu akal..banyak benda nak fikir banyak benda nak buat satu pun tak buat....hahaha...macam tu laa kalu dah tak pandai manage. kadang tu aku selalu terbayangkan selalu aku gambarkan apa yang hendak ku lakukan tapi tak pernah jadi. Kadang tu aku buat list tugasan yang perlu aku selenggarakan, yang perlu aku jaga,tapi bertahan dua tiga hari..lepas tu aku mula jadi ke perangai lama balik. Almaklumlah......aku ni memang tak ikut peraturan punya....nasib baik undang-undang aku masih ikuti..

sebenarnya banyak benda nak cerita tapi tak dapat aku luahkan di sini ...ramai orang nanti payah. Ialah blog ni aku tak war-warkan sangat....blog peribadi betul...sapa yang nak tgk atau tertengok...tengok2 ja laa.tapi aku tak bgtau pun. Lainlah kalu blog lagi satu, sbb ianya blog kelas dan laman aku sembang-sembang je..Tapi blog ni tempat aku luahkan perasaan yang terpendam dan tersirat.

Apr 28, 2010

Pasangan....

Cerita ni sebenarnya dah lama. kelmarin dulu tapi nak buat macammn dok teringat je. Aku dalam perjalanan ke tempat kerja. Dalam perjalanan tu aku nampak pasangan berjalan berpegangan tangan, yg masalahnya yang pompuan tu pakai bj sekolah, yg lelaki tu plak pakai baju biasa2 ni. Siap berpegangan tangan dahla tu sekolah plak dah dekat. Tak malu ka bbudak ni kut2 cikgu dia nampak ka apaka. Tak segan ka? kita tgk pun geleng kepala ja. Berani betul budak2 ni...