Jun 7, 2010

Aku pada hari ini...

Salam

Baru ari Isnin, ari pertama cuti sekolah,aku dah mula teringat kelas, bkn nak mengajar...cuma dok ingat apa yang depa buat kat kelas aku tu. cadang nak pi tengok ari ni tapi tak jadi, satu malas dua pun malas jadi tak payah pi la..

Aku bukan apa, sebenarnya dok cdg lama dah nak diet. Hahaha tiap ari diet, tapi tak pernah betul dan ikut diet tu. Kalu nak ikut tu berat aku dah teruk dah ni. Baru ni BAKAT buat Hari Kesihatan BAKAT. Aku pun cek gak la, cuma gula dan tekanan darah. Sebelum tu kena timbang memang sah aku nak ke obesiti. Teruk dah la kan. P tempat check yg kedua misi tu kata umur mcm ni kena bersedia la, kena jaga badan, kena jaga makan. Umur macam ni la yg nak kena kencing manis tambah bila gemuk uwaaaaa...
Aku la tu. Nasib baik kencing manis tak dak.

Aku simpan azam kali ni nak p cari kasut sukan n nak bw depa jogging.Jogging? betul ke? Atau aku yang tak betul? Ishish ish nak buat macama mana la...
Jadi aku dok target aku akan tulis timbangan aku dan perjalanan aku nak kurus... Takut tak jadi...Jgn la ada kengkawan yg bc maluuuu...

Untuk Timbangan ari Sabtu aritu

Tinggi - 164 cm
Berat - 82 kg
Bmi - 30
RBS - 5.0- kadar gula
Tekanan Darah - 120/70mHg



Aku lupa aku pernah terbaca atau tertengok. Bentu badan macam aku ni risiko nak dapat serangan jantung

come on wake uppp

Tapi

1. Kasut tak beli lagi
2. Makan tak leh control lagi ni

Jun 1, 2010

Meniti hari

Salam

Sebenarnya dah masukkan entry semalam tapi tak tau ke mana.hilang terus. tak ikhlas kut..tak ikhlas ke. tapi nak cite semalam tak aci dah la dah basi....Untuk cite ari ni aku memang kelabu asap...kelabu otak, kelabu akal..banyak benda nak fikir banyak benda nak buat satu pun tak buat....hahaha...macam tu laa kalu dah tak pandai manage. kadang tu aku selalu terbayangkan selalu aku gambarkan apa yang hendak ku lakukan tapi tak pernah jadi. Kadang tu aku buat list tugasan yang perlu aku selenggarakan, yang perlu aku jaga,tapi bertahan dua tiga hari..lepas tu aku mula jadi ke perangai lama balik. Almaklumlah......aku ni memang tak ikut peraturan punya....nasib baik undang-undang aku masih ikuti..

sebenarnya banyak benda nak cerita tapi tak dapat aku luahkan di sini ...ramai orang nanti payah. Ialah blog ni aku tak war-warkan sangat....blog peribadi betul...sapa yang nak tgk atau tertengok...tengok2 ja laa.tapi aku tak bgtau pun. Lainlah kalu blog lagi satu, sbb ianya blog kelas dan laman aku sembang-sembang je..Tapi blog ni tempat aku luahkan perasaan yang terpendam dan tersirat.

Apr 28, 2010

Pasangan....

Cerita ni sebenarnya dah lama. kelmarin dulu tapi nak buat macammn dok teringat je. Aku dalam perjalanan ke tempat kerja. Dalam perjalanan tu aku nampak pasangan berjalan berpegangan tangan, yg masalahnya yang pompuan tu pakai bj sekolah, yg lelaki tu plak pakai baju biasa2 ni. Siap berpegangan tangan dahla tu sekolah plak dah dekat. Tak malu ka bbudak ni kut2 cikgu dia nampak ka apaka. Tak segan ka? kita tgk pun geleng kepala ja. Berani betul budak2 ni...

Apr 13, 2010

free dah...

Salam

aku dah lepas 3 paper. legaa gak la. Walaupun penat gila memerah otak ku mesti terima. Selepas pereksa rasa macam tak mau buat apa-apa. macam nak relax jee, tak p kerja , tak mau kemas rumah, tak mau itu, tak mau ini. Aku nak baring, aku nak relax jaa...adaka pulak. Aku ni bukannya dok sorang-sorang, bukannya tak keje,ish ish

Laa ni tak dak cite, tak dak gambar. Pertama kamera takdak, handphone lak rosak. Sayang betul. tapi tadi dah tanya member dia kata nanti dia try bg kat abg dia. Selamat..Sayang hp tu. pertama sebab hubby yg bg. Kedua dia memang banyak berjasa.

Tapi baru ni hubby kata nak belikan kamera dalam 1000 ++. tapi sayangla. Aku buat la permintaan bagi gak 1000++, aku nak beli dua benda kamera n mesin jahit. kwakwa. Bijak tak. bijak...bijak. (puji diri sendiri) walaupun teringin kamera yang 1000++ tu. rasa sayang la plak. Tunggula duluuu.

Apr 5, 2010

aku...

Baru ni aku dapat email dr member aku, berkenaan email aku g aku tanya...dan jawapannya afdalah negatif. last2 dia tel aku..siap cakap syahdu je.. tanya apa masa;lah aku..aku gelak sambil air mata laju ja...nampah btoi...aku tak tau nak buat apa. hampeh btoi..aku rasa aku akan tua sebelum waktunya tua...tua...

Aku bukan takut tua tapi aku tak mau nampak tua...aku tak mau dibebeni dengan seribu masalah..kalu setakat masalah kerje takpe, ini masalah entah apa-apa ntah..kalu tak layan tak boleh kena layan la jugak..

ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..aku akan cuba untuk mengubahnya

Mar 24, 2010

saja-saja

salam

Dah lama tak tulis ntry ni. Bukan pa assigment, agak susah nak buat, jd perlukan masa yg betul2 la nak buat.
Ni asigment dah abis, tgu nak periksa plak. walaupun lagi seminggu tp masih tak pgang buku, jiwa kacau. Kacau pemikiran, kacau hati, kacau perasaan. Entahla rasa2 sikit ari lagi, boleh masuk tanjung rambutan. Nak pikir masalah di rumah, masalah di tempat keja, masalah hati dan perasaan, masalah org (haa masalah org) entahla rasa2 aku dah teruk ni....bosannnnnn

Bila pikir balik, macammn la muka aku nak segak, macammn la aku nak riang hati, macammana la aku nak bergaya....bosannnn

Bosan lagi...heheaku nak senyum
aku nak bahagia
aku nak la gak nampak segak
aku nak.....

Feb 8, 2010

sakit....

Salam

hari ni mencuba sesuatu yg baru walaupun dah lama gak...bukan apa nak try. Cuba tak salah kan.
Sebenarnya ari ni tak keje..mc..batuk gila-gila.Macam batuk kering. Mula-mula batuk sebelah malam ja..kemudian siang pun batuk, tempat keje, meeting memang ganggu betul. P jumpa dr dpt mc, niat tak nak amik nak mkn ubat je tapi dah bg. Memang patut la dpt mc, semalam rasa nak demam, ari ni plak sakit kpl sat sejuk sat berpeluh, memang patut dpt mc. Cuma segan gakla awal-awal tahun dah dapat mc. Memang bermasalah punya bdan

*entry bawah..tak dapat nak disambung emosi dah bertukar...