May 17, 2011

sakit....

Salam

sakit lagi aku...kawan kata aku lemah ketahanan badan. Doktor kata aku alah pada fogging. mak akukata aku keje kuat sangat. Aku plak kata...aku tak larattttt


Sumber: Google

Tapi takkan nak amik MC jeee. Org tak caye plak.paling utama boss. Nanti prestasi teruk plak.ahhh kadang tu rasa tak mau buat pa.p keje patu balik..umah pun taknak peduli biarla nak tunggang ke langgang ka...tapi boleh tgk ke..lagi sakit rasanya.

Maka dengan ini aku nak perlu kuatkan semangat, kuatkan badan kuatkan hati...kene keje...sbb aku mkn gaji dengan keje tu. duit bulan2 dari keje tu, aku bagi anak-anak aku, mak aku dengan duit dari keje tu...aku kene keje btul2 yeessss

Sumber: Google
Cuma kurang sesuai gambar budak
oklah br rasa muda kuikui

Apr 23, 2011

Buku...Pesta buku

Salam

Bukan apa sekarang kan Pesta buku sedang berlangsung... Rasa macam nak g ja, apatah lagi anak daraku dok ajak jomla...jomla. Tapikan jauh nun aku ni di sini udahla Sabtu bersekolah..Kalaulah aku boleh p... entah berapa banyak buku aku nak beli... Sebenarnya ada pernacangan tapi terbantut bila ada sekolah ganti, malasla nak amik cuti ni..



Antara buku yang aku nak beli karya Faisal Tehrani(FT)..bukan apa cadang nak tambah koleksi hati dah dekat dengan hasil tangan FT ni. Mungkin aku akan beli online jela..kalu pi kedai buku pun aku akan amik masa lama. Nak cari nak belek...Cadang-cadang nak beli buku ni


Novel 1515 tu dah pernah baca sikit waktu kat library IPPPP, tapi tak habis sebab waktu tu nak periksa...takkan nak baca novel plak.
InsyaAllah kalu ada rezeki aku akan beli....

Apr 1, 2011

Berblog

Salam

Sukarnya nak masuk blog. Kalu waktu siang mesti sikecik tu nak join sekali tapi bila malam nak kena tunggu dia tidur dulu dah confirm2 aku pun nak tidur gak...akhirnya blog dah naik sawang, berhabuk, teruklah nak kena mop, vaakum bagai.hehe

Baru tadi anak daraku nak berblog gak, apatah lagi kawan baiknya dah ada blog, malah kakak kawan baiknya dah lama berblog bahkan cantik dan bergaya blognya (btoi ka). aku un tak pasti samada aku nak bagi atu pun tidak. Pertama dia mesti akan mencari aku jugak utk me'makeup'kan blognya. kedua aku takut blognya juga mcm blog2 yang aku ada bersawang dan berhabuk...tapi apapun aku rasa tunggula lepas ujian nanti...



Bila tgk keupayaan anak-anak kecik ni aku teringat aku dulu takut nak pegang komputer ni. yela aku mula pegang bila aku keje sementara di JPN Perlis, lepas tu masuk maktab.tp bila posting guru besar aku bg warning jgn memandai main komputer kalu rosak cikgu tanggung sendiri. Nasib baik aku ada kawan pandai dialah tunjuk ajar aku sikit. Bila aku pindah ke SKPK aku lebih cekap dan dah pandai berinternet. Tapi setakat tu jela...

Sekarang ni aku agak berminat dengan iPad aduh....tapi aku takdak kepentingan untuk membelinya...lagipun kewangan tidak mengizinkan...berangan je lebih...InsyaAllah mana tahu aku ada badget ada kepentingan aku akan sambar juga...yeessss....

Mar 3, 2011

Laskar Pelangi...

Salam

Baru ni ada tengok cite ni kat astro ria kut tapi cite dia jenis biasa dan agak memboringkan. kebetulan mak aku ada kat umah, dia memang tak minat cite ni makanya tak tengok abis laa waaaa. Lepa tu aku ada tgk video clip plak lagu ni. Cari kat youtube terus jumpa...hehe tapi tak taula leh upload ke tak

Feb 27, 2011

Fesyen

Salam

Apa kena aku hari ini bila berbicara tentang fesyen...aku bukanlah pandai berfesyen atau bergaya dari aku sekolah rendah sampai aku dah jadi mak budak ni. Cuma dua tahun ini aku teringin sangat nak bergaya, teringin sangat nak bermekap (mekap?) hehe buang tebiat ke...tapi agaknya dah berumur ni hormon mekap tu dah lebih hahaha.biaq btul kau. Tapi nak cite gak selalu gak aku layari beberapa blog terutama yang ini. walaupun aku tak bermekap mcm siblogger ni tapi jadi panduan gaklah.hmmmmm


Begitu juga dengan tajuk asal enty kali ni. Berfesyen. Aku tak pandai bergaya. Aku lebih suka simple dan adakala jadi selebet, Dulu la waktu anak dara. Nak bergaya lebih-lebih pun tak ada duit. jadi simple jela- tshirt dan jeans. Sekarang plak -baju kurung (p keje) minat kebaya-takleh pakai spare tyre byk...kalu kuar tshirt dan slack-jeans takleh pakai dah rasa tak sesuai-gemuk. kadang tu pakai balus dan seluar. Bila layari blog simanis muda-mudi sekarang waaaaa jauh ketinggalannya aku. Masih bertudung litup tapi bergaya-namun sesetengah aja, yang lain tu plak aku rasa macam terover je... bagi akulah...

Feb 21, 2011

Lelaki...suami

Snialam

Tgk tajuk dah tau dah mesti nak lepas geram tapi tak elokkan satg satu dunia plak tau...
tak pelah cuma nak bgtau sikit je
betapa sukarnya nak memahami sang suami ni

Feb 8, 2011

yebaaa....

Salam semua..

Tengok tajuk...alamak apatu? Aku pun tak tau apa tu...heheh.Sebenarnya aku dah terlewat menulis..dah masuk bulan 2. Apalah kalu boleh tu rasa nak padam je blog-blog yang aku ada..org buat aku nak buat, tapi tak buat betul2.
Di tahun baru ni (barlah lewat sikit takpe kan) aku agak serabut dengan hal sekolah -kurikulum barunya, jadualnya, kelasnya, failnya, guru, ppm, dan murid-muridnya...ahhhhhh dan paling utama diriku sendiri...di sekolah di rumah sebagai isteri, ummi, anak dan guru...hissshhhh
rasa macam sekarangni nak g bercuti je..keje tak sampai 2 bulan dah tensen. Macammana nak sampai ke hujung tahun nii. Jangan jadi gila dah laa...Cuma yang pasti sekarang ni aku tengah layan lagu Wanita Siti Nurhaliza...chewah jiwang gak aku...malas la nak layan jiwang-jiwang ni

Satu lagi berat aku masih gemuk (tak turun pun turun 2kg naik blk so tak turun la...
cuma rasa makin tembam. Aku pun dah makin penat..cepat letih, tak semangat. mungkin kut aku tak upaya nak buat keje2 tu...alasan lagi...
Oklah apa kt layan lagu ni...baru try ni kalu tak jadi..........
tak jadi laaa
kena belajar lagi ni