Apr 28, 2010

Pasangan....

Cerita ni sebenarnya dah lama. kelmarin dulu tapi nak buat macammn dok teringat je. Aku dalam perjalanan ke tempat kerja. Dalam perjalanan tu aku nampak pasangan berjalan berpegangan tangan, yg masalahnya yang pompuan tu pakai bj sekolah, yg lelaki tu plak pakai baju biasa2 ni. Siap berpegangan tangan dahla tu sekolah plak dah dekat. Tak malu ka bbudak ni kut2 cikgu dia nampak ka apaka. Tak segan ka? kita tgk pun geleng kepala ja. Berani betul budak2 ni...

Apr 13, 2010

free dah...

Salam

aku dah lepas 3 paper. legaa gak la. Walaupun penat gila memerah otak ku mesti terima. Selepas pereksa rasa macam tak mau buat apa-apa. macam nak relax jee, tak p kerja , tak mau kemas rumah, tak mau itu, tak mau ini. Aku nak baring, aku nak relax jaa...adaka pulak. Aku ni bukannya dok sorang-sorang, bukannya tak keje,ish ish

Laa ni tak dak cite, tak dak gambar. Pertama kamera takdak, handphone lak rosak. Sayang betul. tapi tadi dah tanya member dia kata nanti dia try bg kat abg dia. Selamat..Sayang hp tu. pertama sebab hubby yg bg. Kedua dia memang banyak berjasa.

Tapi baru ni hubby kata nak belikan kamera dalam 1000 ++. tapi sayangla. Aku buat la permintaan bagi gak 1000++, aku nak beli dua benda kamera n mesin jahit. kwakwa. Bijak tak. bijak...bijak. (puji diri sendiri) walaupun teringin kamera yang 1000++ tu. rasa sayang la plak. Tunggula duluuu.

Apr 5, 2010

aku...

Baru ni aku dapat email dr member aku, berkenaan email aku g aku tanya...dan jawapannya afdalah negatif. last2 dia tel aku..siap cakap syahdu je.. tanya apa masa;lah aku..aku gelak sambil air mata laju ja...nampah btoi...aku tak tau nak buat apa. hampeh btoi..aku rasa aku akan tua sebelum waktunya tua...tua...

Aku bukan takut tua tapi aku tak mau nampak tua...aku tak mau dibebeni dengan seribu masalah..kalu setakat masalah kerje takpe, ini masalah entah apa-apa ntah..kalu tak layan tak boleh kena layan la jugak..

ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..aku akan cuba untuk mengubahnya

Mar 24, 2010

saja-saja

salam

Dah lama tak tulis ntry ni. Bukan pa assigment, agak susah nak buat, jd perlukan masa yg betul2 la nak buat.
Ni asigment dah abis, tgu nak periksa plak. walaupun lagi seminggu tp masih tak pgang buku, jiwa kacau. Kacau pemikiran, kacau hati, kacau perasaan. Entahla rasa2 sikit ari lagi, boleh masuk tanjung rambutan. Nak pikir masalah di rumah, masalah di tempat keja, masalah hati dan perasaan, masalah org (haa masalah org) entahla rasa2 aku dah teruk ni....bosannnnnn

Bila pikir balik, macammn la muka aku nak segak, macammn la aku nak riang hati, macammana la aku nak bergaya....bosannnn

Bosan lagi...heheaku nak senyum
aku nak bahagia
aku nak la gak nampak segak
aku nak.....

Feb 8, 2010

sakit....

Salam

hari ni mencuba sesuatu yg baru walaupun dah lama gak...bukan apa nak try. Cuba tak salah kan.
Sebenarnya ari ni tak keje..mc..batuk gila-gila.Macam batuk kering. Mula-mula batuk sebelah malam ja..kemudian siang pun batuk, tempat keje, meeting memang ganggu betul. P jumpa dr dpt mc, niat tak nak amik nak mkn ubat je tapi dah bg. Memang patut la dpt mc, semalam rasa nak demam, ari ni plak sakit kpl sat sejuk sat berpeluh, memang patut dpt mc. Cuma segan gakla awal-awal tahun dah dapat mc. Memang bermasalah punya bdan

*entry bawah..tak dapat nak disambung emosi dah bertukar...

Jan 26, 2010

Pagi yang dingin..

Salam

Pagi ni hujan, tak lebat tapi cukup mendinginkan. Seperti biasa jalan agak sesak semua orang naik kereta. Walaupun keluar awal tapi jalan agak jem. Bosan gak tapi disebabkan dingin ia mendinginkan hatiku.
Sebenarnya kedinginan itu membuatkan hatiku beku apatah lagi macam-macam yang bermain dikepala. Kejadian-kejadian lepas, semalam dan apakah kejadian pulak pada hari ini. Kadang tu terfikir kenapa aku yang sering 'terkena'. Nanti aku sambung lain.....

Jan 17, 2010

Facebook

Salam

Facebook lagi. Bukan apa nak cite kawan-kawan aku yang begitu berminat dengan facebook menghabiskan masa dpn komputer dgn facebook. Kadang tu sampai lewat mlm. Facebook jugala menemukan mereka dengan rakan-rakan lama mereka. Aku aja yang belum berjumpa dengan kawan-kawan aku, samada dari sekolah atau dari maktab.. p mana la depa ni. Depa tak dak facebook kut atau depa tak 'main' la facebook ni.
Apa yang aku dapat facebook juga menemukan rakan-rakan malah bekas-bekas kekasih. Ni yang merbahaya bila dok buka cite lama dok kenang cite lama.MAcam-macam.Kalu setakat nak bersembang takdak masalah tapi bila dok ungkit takut cerita lama berulang membentuk cerita baru. Kenangan lama bermain diminda kenangan baru terukir. Sapa yang naya, anak-anak gak.
Apa yang pasti bila nak berfacebook, ingat muka-muka keluarga.
Aku tak pa sbb aku tak suka sgt berfacebook.